Mood buat kuih raya "kuih makmur"

Author: Nazariah // Category:

As-salam,

Malam tadi mood utk buat kuih raya sudah mari...ingatkan nak buat almond london tapi entah macam mana rupanya butter tak cukup pulak. Lupa plak nak cakap dgn en.suami. So, tukar menu ke kuih makmur. Actually dah lama juga servey resipi kuih makmur ni dan kebetulan bahan pun mudah, minyak sapi pun ada...so bermulalah projek buat kuih malam tadi.

Kuih makmur ni merupakan kuih traditional org tua2 dulu. 1st time ku tengok orang buat kuih makmur ni adalah jiran Atok masa duduk di Muar dulu. Masa tu kecik lagi umur pun dalam 5 tahun rasanya. Sekali bila makan, rasanya sedap...sejak tu kuih makmur menjadi kuih kegemaranku ..hehe..


Ni yang dah siap, sedap tau..anak2 pun suka

Ni 1st time buat kuih makmur ni. Kalau kat Malaysia mungkin mudah nak dapat boleh beli je. Kat sini mahu beli di mana ya..Actually ada juga kirim kuih raya dan kerepek minta mak tolong poskan, dah sampai pun. Ada 3 jenis biskut raya dan 3 jenis kerepek. Tapi anakku dah makan dulu tapi masih ada lagi walaupun dah tak banyak. Lagipun, biarlah diorang nak makan pun, raya kat sini bukan lama ...satu hari je raya, kesian juga diorang nak makan kuih raya tak semeriah macam kat Malaysia yg byk pilihan. So, mama pun berkorban sikit masa buat kuih utk anak2 makan, buat tambah-tambah yang nenek pos tu.

Resipi kuih makmur ni dapat dari blog Chef Hanieliza, terima kasih diucapkan kerana sudi berkongsi resipi. Jom tengok resipi kat bawah ni.


BISKUT MAKMUR (Dapat dalam 100 -110 biji)

Bahan Doh/Kulit
500 gm tepung gandung
80 gm gula halus
minyak sapi [ikut lembut boleh kepal]

Bahan Inti
300 gm kacang tanah
70 gm gula halus

Gula icing [untuk salut kueh]

Cara
1. Gaulkan semua bahan Doh sehingga lembut dan boleh dibentukkan.
2. Kacang tanah dibakar dalam oven selama 20 minit [sehingga kulit boleh tanggal bila di gosok kacang]
2. Mesinkan kacang dan gaulkan dengan gula.
3. Ambil doh dan leperkan.
4. Masukkan inti yg telah dibulat bentuk bujur sebesar biji buah kurma. Bentukkan bujur.
5. Bakar dalam suhu 180'C selama 20 - 25 mnit [sehingga nampak masak]
6. Sejukkan baru golekkan dalam gula icing.
7. Simpan dalam balang kedap udara.

Jangan buat besar2 sangat tau sebab bila dibakar dia akan membesar lagi. So, buat comel2 je, nanti selepas dibakar saiz adalah standard macam beli..


Dah masuk dalam bekas kedap udara...rasa x cukup pulak...macam nak buat lagi..hehe..


*** Lepas ni nak buat almond london, cornflakes madu & coklat dan choco ball. Dah buat choco ball hari Isnin lepas tp sudah habis..hihi, sedap sgt gaknya...ekeke..



0 Responses to "Mood buat kuih raya "kuih makmur""

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...