Salam Aidilfitri 2012 / 1433H

Author: Nazariah // Category:
Assalamualaikum w.b.t..

Tahun ni merupakan kali ke-4 kami beraya di Sydney Australia. Beraya tahun ini tidak banyak berbeza berbanding tahun lepas. Bezanya cuma kebanyakan rakan kami telah pulang ke Malaysia for good. Hanya tinggal beberapa keluarga sahaja. Raya tahun ini kami hanya beraya ke rumah Syahida dan Sayed, kawan en.suami.

Gambar kami sekeluarga, kesian aisya mata tertutup pulak, ayah tak perasan..

Ada pun gambar Aisya senyum

Mama bersama anak-anak..

Seperti biasa, hidangan di pagi raya ada lah ketupat segera, kuah lodeh, rendang daging dan ayam masak merah. Malam raya, ku hanya rebus ketupat segera, masak rendang daging dan buat cornflakes madu. Pukul 11.30 malam dah masuk tidur. Keesokkan harinya, barulah sambung masak kuah lodeh dan ayam masak merah. Siap masak sebelum pukul 8 dan terus bersiap untuk ke rumah Syahida, masa ni en.suami solat sunat Aidilfitri di masjid. Ku tak ikut pun sebab dikhuatiri Aisya buat hal, menangis dan sebagainya.

 Hidangan sempena hari raya Aidilfitri

Ada puding koktail juga

Setelah en.suami pulang dari Masjid, kami ke rumah Syahida pada pukul 10.30 pagi hingga 12.30 tengah hari. Syahida juga menghidangkan ketupat segera, kuah lodeh, rendang daging, ayam goreng berempah dan pizza. Selesai giliran rumah Syahida, giliran rumah kami pula. Syahida sampai ke rumah kami pada pukul 2.30 petang kerana beliau mendapat kunjungan dari sepupunya. Selain Syahida, Yazed juga tak ketinggalan beraya bersama-sama kami. 

Gambar kenangan di rumah Syahida dan Zul

Aisya bersama kakak Intan dan Ruqaiyyah

Selesai solat Asar, pada pukul 3.45, kami bertolak ke rumah Sayed pula. Sayed tinggal bersama kakak dan abang iparnya. Mereka berasal dari Bangladesh dan menyambut Eid mubarak di sini. Kami bertemu keluarga Awang di rumah Sayed. Di sana, kami dihidangkan nasi beriani, ayam dan lamb beriani. Perut memang sangat penuh pada hari raya pertama. Malam tu, kami ambil inisiatif untuk tidak makan ketupat memandangkan masing-masing dah kekenyangan. Syukur alhamdulillah lauk pauk hari raya tidak terbuang. Semua dapat dihabiskan, mungkin sebab ku masak just nice utuk kami dan tetamu yang datang. 

 Bergambar kenangan di rumah Sayed, masa ni bersama keluarga Awang

Tamatlah raya kami di Sydney tahun ini disebabkan en.suami dan Amna telah pun kembali ke uni dan sekolah seperti biasa pada hari Isnin raya ke2. InsyaAllah jika tiada aral, kami akan turut serta ke sambutan Aidilfitri di Malaysia Hall pula nanti. 

 Untuk kenangan, gambar anak-anak bermain bunga api di malam raya

Akhir kata, Selamat Hari Raya Aldilfitri, maaf zahir dan batin dari kami sekeluarga buat emak, adik beradik, keluarga mertua,saudara mara dan sahabat handai di Sydney, Malaysia dan di mana jua. Halalkan makan minum kami dan ampunkan segala salah dan silap kami..Semoga dapat bertemu lagi di Syawal akan datang di Malaysia nanti. InsyaAllah..:)




3 Responses to "Salam Aidilfitri 2012 / 1433H"

Anonymous Says :
August 21, 2012 at 11:00 PM

selamat hari raya kak.. nak tanya lah mcm mana boleh dapat siaran tv1 do Sydney ya?(nampak di background gambar bersama aisya..

Nazariah Says :
August 22, 2012 at 10:02 AM

Selamat Hari raya juga buat Anon...sbnrnya TV1 tu dpt dr laptop yg disambung ke TV. Ye, akak di Sydney..kalau nak tgk tv, boleh tgk di blog akak ni, ats sekali sebelah kanan "Sudut TV Online". Lepas tu click je logo nak tgk tv1, tv2, tv3 atau tv9. Harap membantu..:) terima kasih sudi sggh blog akak..

nik sufi Says :
April 29, 2015 at 7:34 PM

Tonton pelbagai Siaran Tv Malaysia ,astro awani, astro ria, astro prima. astro mustika hd,astro arena.astro warna, tv1,tv2.tv3,ntv7.8tv,tv9 , bernama tv dan pelbagai siaran tv Online Di  SINI http://vocests.blogspot.com/2014/09/malaysia-tv-stations-watch-online.html
Malaysia Radio Online >>  DI SINI
THR GEGAR ,ERA FM,SURIA FM DAN PELBAGAI RADIO MALAYSIA

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...