Dalam ingatan cuti2 New Zealand Day 4

Author: Nazariah // Category:
Assalamualaikum w.b.t

Lama tak update blog sebab kami berkurung je dalam rumah kerana anak2 batuk dan selsema tapi alhamdulillah sekarang dah beransur pulih. Tak tahu nak update apa, nak masuk resipi pun tuan punya badan tengah dalam mood berdiet, so no more kek dan makanan-makanan sedap. Kakak Amna pulak tengah cuti sekolah 2 minggu dan akan kemballi ke sekolah Isnin depan, so takdelah cerita di sekolah. Bila tak tahu nak update apa, mulalah teringat yg daku belum cerita trip ke New Zealand untuk day 4 dan day 5. 

Jadi entry kali ni, ku nak cerita lagi pasal New Zealand walaupun dah hampir 5 bulan berlalu, boring2 boleh baca semula kat blog kan sebab entah dapat ke tidak nak jejakkan kaki ke sana lagi. Kami sekeluarga sampai di Dunedin pada pukul 6.00 petang waktu New Zealand, tapi 6 ptg tu dah gelap sama je macam OZ. 

Kali ni kami sekeluarga menginap di motel, motel ni antara yang terbest dan tercantik juga. Macam biasa ada satu bilik, ruang tamu lengkap dgn tv, heater, katil double decker untuk kakak Amna dan abang Hafiz, katil Queen size serta dilengkapi dengan dapur untuk memasak. Malam tu, ku masak labu masak lemak kuning dan telur dadar sahaja.  Keesokkan harinya kami bersiap untuk berjalan2 sekitar bandar Dunedin pula. Kelebihan di bandar Dunedin ini adalah senireka bangunannya yang menarik dan cantik. Pagi tu, ku buat sarapan laksa. Kami keluar dari motel pada pukul 9 pagi.

Gambar di luar motel sebelum bertolak.

Jom layan gambar di sekitar bandar Dunedin dulu. 

 Antara bangunan yang unik di bandar Dunedin

 Masa jalan2 di bandar Dunedin, ayah, kakak Amna dan Aisya

 Lagi bangunan unik

 Ayah, Hafiz dan Aisya

 Mama, kakak dan Aisya

 Lagi ku 4 beranak

 
 Ni pun cantik juga

 Masa singgah toilet...hihi, no worries, toilet di NZ bersih je walaupun dari luar nampak seperti toilet lama

Lepas pusing Dunedin, kami bertolak ke Wanaka pula. Pendapat dari kawan-kawan kami yang sudah pergi ke New Zealand,Wanaka merupakan antara tempat tercantik di sana. Amat sayang kalau tak ke sana. Perjalanan ke Dunedin memakan masa lebih kurang 5 jam juga termasuk rehat. Tengah hari tu, kami singgah sebentar di park untuk makan tengah hari. Selain makan, sempat juga kami melayan anak2 bermain.Kemudian kami singgah di tepi sungai yang cantik untuk ambil gambar.

Sepanjang perjalanan, Gunung ganang dan bukit bukau

Hafiz ketika di Park

 Kakak Amna pula

 
 Kami lalu jambatan kat sana tu sebelum turun ambil gambar

 
Anak-anak seronok main batu 

 Sempat berhenti sekejap, snap gambar ni...sangatlah cantiknya

Sampai di Wanaka dalam pukul 5 petang tapi kami ke hotel dulu untuk berehat dan kemudian keluar semula untuk mengambil gambar sunset di sana.

Malam tu ku masak sayur kobis dengan udang dan sambal tumis sahaja. Nanti, akan ku ceritakan day 5 pula ye.

 Di Wanaka, macam kat tepi pantai kan...ombak pun kuat..sebenarnya tasik je.

 Ayah dan anak2...sejuk sangat masa ni.

 Abang Hafiz

 Pemandangan di waktu senja, tak nampak pun sunset..ehm..











0 Responses to "Dalam ingatan cuti2 New Zealand Day 4"

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...