Carrot cupcake with cream cheese frosting

Author: Nazariah // Category:
As-salam,


Bila dah hampir 3-4 minggu  tak membaking, ku mula rasa tak keruan...hihi..tekak teringin, hati pun teringin, macam- macam idea nak buat kek itu dan ini. Tapi sape pulak yang nak makan banyak2 kan. So, ku cuba semula buat carrot cake cuma kali ni versi cupcake sebab anak2 asyik mintak cupcake je.

 Ok nilah hasilnya, dapat dalam 22 biji juga rasanya.


Resipi kali ni, ku ambil dari Jom Masak juga. Sedap, menajadi, gebu je dan langsung tak berminyak sebab cuma guna secawan minyak je. En. suami pun cakap sedap. Yeahh, boleh simpan resipi ni. Siapa2 yang belum jumpa resipi kek carrot yang sedap, bolehlah cuba resipi ni, gerenti puas hati. Senang pun senang, main kacau-kacau je. 

Utk cream cheese frosting tu ku main buat ikut red velvet punya resipi. Just letak butter sikit, cream cheese 100g, gula icing ikut manis yang dikehendaki dan thick cream. Putar je hingga sebati. Untuk penyediaan kek, sila lihat caranya di bawah.

Bahan-bahan

- 2cwn gandum ayak bersama
- 1sdt baking powder

- 1/2sdt soda bikarbonat
- 1sdt serbuk kayu manis

- 3biji telur A

- 1sdt esen vanila
- 1cwn gula kastor
- pewarna kuning kalo suka

- 200g carrot parut kasar...1/2 sy perah air

- 1/2cwn ssu cair
- 2sdb ssu pekat
- 1/2cwn walnut cincang...(sangan walnut dlm pan...cincang)
- 1cwn minyak masak


Cara cara

1) Dalam mangkuk...masukkan telur, esen, pewarna kuning, gula, susu cair  dan susu pekat....guna whisk...godek hingga berbuih kembang

2) Masukkan minyak masak, carrot, walnut...kacau sebati  

3) Masukkan tepung yg diayak...kacau sebati...tuang dlm loyang yg dah digriss & dilapik kertas
4) Bakar dlm oven yg dah dipanaskan pada suhu 170 deg selama 40min atau hingga masak...api atas bawah


Di atas ni cara kalau buat kek sebuku, kalau buat cupcake takde beza pun, cuma masuk dlm cup je. Ok, Selamat Mencuba
 
 
 
 
 
 

4 Responses to "Carrot cupcake with cream cheese frosting"

DiLLaiLa Says :
October 10, 2012 at 12:10 PM

ermmm mmg nampak gebu la kak..saye pon dah lame xbaking. hati takde la nak memasak2..tapi nak makan..insyaAllah kalau senang boleh la try nih. ;)

Nazariah Says :
October 10, 2012 at 12:46 PM

Kalau akak ada org ramai tukang mkn, suka je nak buat kek2 ni...tp kalau akak yg tukang mkn separuh kek, tu yg pikir byk kali nak buat.

Try lah la, tp akak kurangkan sikit gula x smpi satu cwn, susu pekat jd 1 sudu je. x nak manis2 sgt sbb dah ada frosting tu. Konon smlm nak buat separuh adunan tp telur guna 3 biji plak, mcm leceh plak nak bhg2 adunan.

DiLLaiLa Says :
October 10, 2012 at 3:50 PM

kak, ni akak gune cupcake maker ek?

Nazariah Says :
October 10, 2012 at 5:02 PM

Aah la, cupcake maker je..:) kenapa la?

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...