Kali pertama raya di Sydney

Author: Herman & Naza // Category:

Ini adalah gambar kami sekeluarga pada Hari Raya Pertama. Citer pasal raya ni, gembira pun ada, sedih pun ada bila kenangkan beraya di perantauan ni memang jauh berbeza kalau nak dibandingkan kat Malaysia. Kat sini, kita sambut cuma pada hari raya pertama je. Kalau kat Malaysia, sebulan masih beraya lagi. Syokknya....

Selepas ambil gambar, kami sekeluarga pergi ke Malaysia Hall. Dekat sana barula nampak kemeriahan tu.


Nila gambar masa kat Malaysia Hall. Memang sesak juga kat sana sebab memang ramai sangat student yang pergi beraya kat sana. Kat sini macam2 juga juadah disediakan. Kami pun ada jugala bawa sikit kuih untuk menambahkan hidangan. Kami bawa popiah sardin. Contoh juadah lain macam laksa, nasi himpit dengan kuah kacang, bihun soto, roti jala, roti canai dan ada lagila yg mungkin kami tak perasan.

Tapi kami takla makan sumer pun sebab kami pun masak juga kat rumah. Macam kat Malaysia, sini pun ada bahan nak buat rendang, ketupat segera, ayam masak merah dan kuah lodeh.
Banyak jugaklah masak tapi tak sangka juga bole habis. Makanan tu kami bawak ke rumah kawan suami kat Marrickville. Kebetulan mak dan ayah mereka beraya kat sini, so kami dijemput untuk datang ke kediaman mereka sama2 menikmati juadah hari raya.
Mereka pun ada masak rendang, ketupat, ayam masak merah dan nasi lemak juga. Kiranya kat sini memang tak kempunan la nak rasa masakan Malaysia sebab kat sini sume ada. Jangan tak caya serai, lengkuas pun ada jual kat sini.


Ini plak gambar kami di masjid Lakemba. Kat sini memang komuniti masyarakat Islam ramai. Masjid ni dibina sejak tahun 1970 lagi. Ini adalah gambar sehari sebelum hari raya.

1 Response to "Kali pertama raya di Sydney"

Unknown Says :
October 1, 2009 at 9:57 AM

Selamat Hari Raya Aidilfitri, Herman. Maaf Zahir dan Batin. Selamat memulakan hidup sebagai researcher.
All the best. Semoga kita sama2 menghabiskan pengajian sepertimana yang dikehendaki.

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...