Nasi tomato

Author: Nazariah // Category:
Inila dia rupa nasi tomato saya yang telah dihias dengan bawang goreng. Agak kabur sikit la....

Semenjak berada di Australia ni kerap pulak mencuba reipi baru. Kali ni masak Nasi tomato pulak. Malah ia dah menjadi menu mingguan kami di sini. Al-maklumlah, bila dok kat negara orang ni semua menu kita kena masak sendiri. Kalau tak mencuba memang kempunanlah jawabnya. So, jom layan resipi ni yer.Untuk yang belum pernah mencuba, silalah cuba yer. InsyaAllah tak mengecewakan.....

Bahan-bahan
3 cawan beras
2 sudu butter @ marjerin
1 biji bawang besar dipotong dadu
1 biji tomato dipotong dadu
3 sudu besar sos tomato
1 cawan susu segar
1 inci halia ditumbuk
2 biji bawang putih ditumbuk
1 biji bunga lawang
1/2 kayu manis
2 biji buah pelaga
Air untuk masak nasi

Cara-cara

Panaskan butter @ marjerin di dalam periuk nasi, apabila telah panas dan cair masukkan bunga lawang, kayu manis, buah pelaga bersama halia dan bawang putih.

Apabila naik bau, masukkan pula bawang besar dan buah tomato. Tumis bahan tersebut hingga layu. Kemudian masukkan pula sos tomato. (Sos ni boleh disukat menggunakan cawan beras tadi dan dikacau dengan air menjadi satu cawan). Masukkan sos dan kacau.

Kemudian, masukkan pula susu segar dengan api sederhana (Jika tidak susu akan berketul2).
Apabila agak mendidih, masukkan beras yang telah dicuci. Kacau sehingga sebati dengan bahan tumis. (Kacau agak2 je, jangan sampai beras menjadi hancur).

Masukkan pula air mengikut sukatan biasa. Ditolak dengan secawan susu dan secawan sos tomato tadi. (Jika tidak, nasi akan lembik).Selepas masukkan air, boleh pindahkan periuk nasi tadi ke tempatnya dan masak seperti biasa.

Selepas nasi masak, bolehlah dihidang bersama ayam masak merah, dalca dan rojak nenas.Untuk resipi ayam masak merah pula, tunggu di post yang akan datang yer...

Ini pula, menu lain yang boleh dimakan bersama nasi tomato ni. Oleh kerana belum jumpa kacang dal lagi, jadi masak kari daging jek.

2 Responses to "Nasi tomato"

DiLLaiLa Says :
October 11, 2009 at 12:04 AM

kak..gambornye mane?

Nazariah Says :
October 11, 2009 at 11:11 AM

ok ila, dah ada gmbr. Hehe...gmbr ni ambik guna hp akk jd problem sikit nk transfer. Gmbr nasi tomato tu pun zoom jek. So, kabur sikit.

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...