Hari Jadi Amna ke-4

Author: Nazariah // Category:

Pada 8hb Dec lepas, genaplah Amna berusia 4 tahun. Terasa cepat masa berlalu, dah besar anak perempuan ku yang sulong ni. Kalau tahun yang lepas-lepas, kami akan belikan kek bertemakan kartun untuk Amna macam kek Minnie ke, Doraemon ke. Tapi mengenangkan kali ni di Sydney maka mama cuma dapat buatkan Amna kek coklat yang selalu mama buat je tuh. Cuma bezanya kek ni ada no.4. Hihi....takpelah Amna, lepas-lepas ni kita beli kek yang cantik2 ok. Tapi takpelah, Amna tetap excited bila tiba time potong kek.



Amna ni nak potong kek, excited tapi takut2 plak bila suruh pegang pisau. Al-maklumlah, ni pisau betul. Tajam plak tuh....hihi...bahaya sungguh. Takpe, sekejap jek sekadar buat syarat....


Sempena besday Amna ni, kami cuma belikan Amna anak patung yang selalu dia mintak tu. Anak patung ni boleh gelak, boleh cakap mama n papa dan ada beberapa lagi la perkataan yang dia boleh sebut. Kalau ikutkan tiada yang special sebab hari2 biasa pun Amna n Hafiz tetap dapat mainan. Sebelum ni kami plan untuk hadiahkan Amna basikal pada hari jadi dia tapi oleh kerana dia dah tak sabar, terpaksalah belikan basikal tu awal dari yang sepatutnya. Bila tiba besday dia dapatlah hadiah yang tak berapa nak mahal. Tapi takpelah....Oklah tu...


Amna panggil patung ni "BABY AMNA"


Tak sah kalau belikan Amna mainan Hafiz plak tak dapat, jadi kami pun belikan Hafiz mainan juga. Kami belikan Hafiz gitar comel yang ada muzik bila tekan dan kereta yang ada dianya laluan tuh (Mighty Racer). Cukuplah untuk korang berdua main buat masa ni. Nanti bila2 beli lagi yer. Rasanya dah banyak juga mainan untuk Amna dan Hafiz sepanjang 5 bulan kami menetap di Sydney ni.


Mainan untuk Hafiz. Ini sudah lebih, hari jadi Amna tapi Hafiz plak dapat 2 mainan. Takpelah...korang mainlah sesama ae...


Gitar comel untuk Hafiz.

Sekarang ni plak, ada katalog K-Mart yang baru dan Amna dah start mengorder lagi mainan. Boleh plak dia tunjuk microphone yang berharga AUD 228. Biar betul anak perempuan aku sorang ni. Kalau nak mintak pun agak2la harganya. Huhu...sampai balik Malaysia pun rasanya mama n ayah tak belikan. Membazir jela Amna, baik duit tu simpan untuk sekolahkan Amna nanti. Amna cakap dia nak nyanyi lagu Stacy. Dah naik hafal dengan lirik2 lagu si Stacy tu...Hai...budak2.... ada2 je...Ni la penangan dengar radio 24 jam. Hihi....

5 Responses to "Hari Jadi Amna ke-4"

DiLLaiLa Says :
December 18, 2009 at 11:02 AM

nyam3..kek cekelat..

Herman Says :
December 18, 2009 at 12:35 PM

Hehe...semua event pakai kek coklat. Nak beli kek rasanya tak halal semua. Mmmm...kena study kek lain plak lepas ni.

DiLLaiLa Says :
December 18, 2009 at 1:16 PM

tula pasal..eh tapi kat sini ada satu kedai yang jual kek halal..tapi selected item je la..kalo terdesak or teringin sangat leh la carik kot..

DiLLaiLa Says :
December 18, 2009 at 1:32 PM

haha yang pasti dalam gambar ni muke amna stresss!kui2..

Herman Says :
December 18, 2009 at 3:07 PM

Haha...dah suruh dia cool jer, jangan buat2 senyum. Tu yang sempat ambil gambar yg tu jek. Kebetulan plak kamera abis bateri huhu..

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...