Aktiviti hari minggu

Author: Nazariah // Category:

Salam semua,

Sebenarnya tak cerita pasal aktiviti kami sekeluarga pada hari Ahad yang lepas. Tapi oleh kerana gambar lambat tranfer dari kamera tu yang sampai hari ni baru nak post entry ni.
Tapi takpela yek, bukan salah pun sebab after ni bolehlah tengok2 semula aktiviti kami di bumi Aussie ni.

Sarapan pagi mee rebus...so yummy...


Pagi kami dimulakan dengan sarapan mee rebus. Memang sedap bila dah lama sangat tak makan. Ni 1st time aku masak mee rebus sejak duduk kat sini. Dulu kat Malaysia pernah juga masak tapi kalau kat Malaysia bila teringin je boleh beli dan aku pun dah tahu mee rebus kat kedai mana yang sedap. Tapi bila dah dekat sini, agak2 teringin kenalah masak sendiri. Tapi lupa lagi nak beli taugeh. So, mee rebus tanpa taugeh la nampaknya tapi tetap sedap. Bukan aku yang kata, husband aku yang kata ok. Hihi...banyak gak dia makan. Anak2 pun suka.


Lepas je sarapan pagi, aku pun merajinkan tanganku ini untuk menguli tepung untuk buat donut dan pau sambal. Actually kuih2 ni adalah potluck yang kami nak bawa ke rumah Det. Sorry lah yer tak tahu nama sebenar, husbandku pun lupa nama penuh dia. Kami ke rumah Det dengan tujuan melawat baby beliau yang baru sahaja dilahirkan. Baby girl yang sangat comel yang diberi nama Athirah. Hihi...pun tak ingat nama penuh.

Baby girl yang cute dengan berat 3.42 kg


Kami bertolak dari rumah pada pukul 2.30 petang bersama kawan2 yang lain iaitu Dayah & suami serta Lyn bersama suami dan anaknya. Sampai di sana lebih kurang pukul 3 petang dan bertemu pula rakan-rakan lain yang turut datang melawat iaitu Maisarah, Nazreen, Seri dan Niza. Bila dah ramai2 banyaklah potluck yang di bawa dan perut pun kenyang. Syukur dapat menikmati makan petang dengan pelbagai menu. Ada ayam bbq, nasi goreng, bubur kacang, kuih donut, cik Mek Molek dan buah strawberry cicah coklat. Hihi...


Tuan rumah sedang menghidang air. Di atas meja kelihatan sebahagian potluck yang dibawa sebab masa ni ada 3 keluarga lagi yang belum sampai.


Lepak-lepak kat umah Det. Amna dan Hafiz mcm biasa kat pangku mama
je kalau pergi mana2.



Meriah betul masa ni. Berbual sambil menikmati makan petang.


Kami pulang sebelum Maghrib dan menunaikan solat di rumah Syahida. Sebenarnya kami nak singgah di rumah Syahida sebelum ke rumah Det dan pada masa tersebut Syahida tiada di rumah. Oleh kerana kuih pau sambal telah pun dibuat dan aku dah janji dengan Syahida nak buatkan dia kuih ni dah lama dah. So, kenalah hantar juga walaupun masa agak kurang sesuai. Tapi seronok bila dapat berbual dengan Syahida sebab dah lama tak datang melawat beliau sekeluarga. Lepas ni boleh datang melawat baby Syahida pulak.


Kami pulang ke rumah selepas berbual dengan pelbagai cerita yang keluar. Amna dan Hafiz pun seronok bermain dengan Intan dan Zaki. Macam2 yang diorang main sampai bersepah rumah Syahida. Sorry buat Syahida, kesian penat nak kemas.
Bila sampai rumah dah malam, masing2 pun dah penat. Kami pun layan bola perlawanan antara Algeria dan Slovania.


2 Responses to "Aktiviti hari minggu"

lin Says :
June 23, 2010 at 4:28 PM

K.Naza, bestnya mee rebus...nak buat juga la nanti... Athirah Nur Maheerah tak silap nama anak Det, macam nama watak dlam novel melayu jer...hihi..

Nazariah Says :
June 25, 2010 at 12:38 AM

Lyn, mmg sedap kalo sesekali mkn. Bayangkan dah dekat setahun tak mkn. Sampai dah teringin.

Lyn ingat ae nama anak Det. Akak dah lama tul x baca novel. Hihi..

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...