Sambutan Aildilfitri 2012 di Malaysia Hall Sydney

Author: Nazariah // Category:

Assalamualaikum, lama benar ambik masa nak tulis entry ni...hehe, biasalah busy sbg suri rumahtangga..:p Sabtu lepas kami sekeluarga ke majlis "Open House" Malaysia Hall. Kami sampai seawal pukul 11 pagi dan majlis bermula pada pukul 11 pagi juga. Oleh kerana kami sampai pagi, alhamdulillah dapat parking tak berapa jauh dari dewan

Mama dan Amna je pakai baju lain dari raya pertama, nilah bajuku yg besar tu, tp sayang plak tak pakai, bila dah kena himpit oleh en. suami dan Amna, taklah nampak besar sgt, padahal mcm kelambu...muahaha..:D

Kebetulan kami bertemu Syahida sekeluarga selepas parking kereta, jadi kami ke dewan bersama-sama.

Sempat bergambar sebelum ke dewan, masa ni belum jumpa Syahida lagi.

Antara makanan untuk para tetamu ialah lontong, nasi tomato, bihun sup, laksa, sate, rojak buah dan kuih muih. Setiap pungunjung hanya perlu membayar Aud 1 sahaja dan kami akan diberi satu pinggan, satu mangkuk, cawan  beserta sudu garfu dan tisu. hihi, murah kan..Makanan ygtak sempat kami cuba adalah lontong dan laksa kerana masing2 dah kekenyangan. Alhamdulillah..

 Syahida dan anaknya Ruqaiyyah

 En.suami sedang beratur menunggu giliran mengambil sate

 Ni dia, sate ayam

Kami hanya makan di khemah luar dewan sahaja memandangkan anak-anak lebih suka bermain di luar. Selesai makan dalam pukul 12.30 tengah hari, kami bertolak pulang ke rumah.

 
Anak-anak happy dapat main bersama Intan

Aisya yg sentiasa cool..bagus anak mama.

Sebelum melangkah keluar, sempat lg bergambar..

Dalam perjalanan ke parking, ada plak motor besar ni...so, mcm biasalah Hafiz suka sgt.

Hafiz pun nak bergambar dgn motor besar..


0 Responses to "Sambutan Aildilfitri 2012 di Malaysia Hall Sydney"

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...