Amna and Marrickville West Primary School

Author: Nazariah // Category:

Assalamualaikum w.b.t,

Jumaat lepas merupakan hari terakhir Amna di school. Kebetulan kerete kami telah dijual Ahad lepas, so Amna dah takde transport nak ke school, nak jalan kaki agak jauh juga 1.7 km. So, tak dapatlah Amna ke school pada minggu ini. Kat bawah ni gambar Amna dan Intan..harap bertemu Intan lagi di Malaysia pula. Minta izin Syahida share gambar di blog ye..:)

Amna dapat bersekolah hampir 2 tahun di Sydney dan sebagai ibu, ku harap Amna dapat menggunakan sebaik mungkin ilmu yang dipelajari di sini terutama untuk subjek Bahasa Inggeris of course sebab untuk subjek lain seperti Math rasanya di Malaysia lebih advance berbanding di sini. Tapi alhamdulillah di sijil berhenti sekolah, Amna dapat high rating untuk reading dan number.



Menurut guru kelas Amna, Ms.Want (yg kat belakang Amna tu, dalam gambar), Amna memang mudah belajar, dan banyak sangat perubahan berbanding semasa di kindy dulu. Dulu masa di Kindy, guru kelas Amna pun selalu bertukar jadi cikgu pun agak kurang melihat kebolehan Amna berbanding murid lain. Ditambah pula, Amna ni pendiam budaknya. Bila masuk Year 1, ku fikir mesti Amna susah nak dapat award sebab guru kelas Amna kali ni nampak lebih tegas. Tetapi memang silap jangkaanku, award Amna bertambah semasa di Year 1, total award yang Amna dapat sebanyak 7 dan 6 daripadanya ketika di Year 1.


Kesemua award yang Amna dapat sepanjang bersekolah di sini, kenangan paling beharga buat Amna
Antara pujian yang diberi oleh teacher...:)

Dan lagi..:)


***klip rambut yang Amna pakai tu dari kawannya...Amna ada dapat kad dan mainan lain juga, terima kasih buat rakan2 sekelas, Nasib baik ada gambar rakan sekelas semasa di kindy dan Year 1, bolehlah framekan bila di Malaysia nanti. 





2 Responses to "Amna and Marrickville West Primary School"

DiLLaiLa Says :
December 15, 2012 at 4:00 AM

bila saye baca balik saye yang sdey kak..tak sangka korang dah balik msia...;(

Herman & Naza Says :
December 17, 2012 at 11:04 PM

Ala, takpe la...xmoh sedey2 ek..kitorg yg dah balik msia ni rindu juga suasana sana...tp masa mmg dah smpi utk kami balik. Masa Ila pun akan sampai juga..Jgn risau ae..InsyaAllah semua ok...:)

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...